Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska. Terdapat dua buah Tabika yang terletak di Felda Sungai Koyan iaitu di Felda Sungai Koyan 2 dan Felda Sungai Koyan 3.
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Koyan
Sekolah Kebangsaan (Felda) Sg Koyan
Jalan Ketualang,Felda Sungai Koyan 1
Pahang, Malaysia
Telefon: 6093401318
Fax: 6093401318
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan
Smk Felda Sungai Koyan,
Kuala Lipis, 27650 Kuala Lipis, Pahang
Giatmara Cameron Higlands
Giatmara Cameron Highlands
Felda Sungai Koyan 3
27650 Raub Pahang
Tel pejabat: 09-3402952
Fax: 09-3402958
Emel: gmcomeronhighland@giatmara.edu.my
FB:Giatmara Cameron Highlands
Laman Web: http://giatmaracameronhighlands.weebly.com
Giatmara Cameron Highlands Telah Ditubuhkan Pada Bulan Jun 2007 Dan Telah Beroperasi Sepenuhnya Pada Januari 2008 Beroperasi Diatas Tanah Felda Sungai Koyan. Seramai 7 Orang Kakitangan dan menawarkan 2 kursus iaitu Kursus Teknologi Motosikal Dan Kursus Fashion Design and Dressmaking kepada komuniti setempat.
Kursus Teknologi Motosikal
Selepas Mengikuti Program Ini, Peserta Boleh Menjadi Pekerja Mahir Dalam Bidang Motosikal. Mereka Boleh Melakukan Kerja-Kerja Mengenal Pasti Kerosakan, Membaik Pulih Semua Jenis Motosikal Dan Membuat Pengujian Ke Atas Motosikal Dengan Menggunakan Peralatan Dan Teknologi Terkini. Peserta Juga Berpotensi Menjadi Usahawan Teknokrat
Kursus Fashion Design and Dressmaking
Selepas Mengikuti Program Ini, Peserta Boleh Menjadi Pekerja Mahir Dalam Bidang Fashion Design and Dressmaking. Mereka Boleh Melakukan Kerja-Kerja Mengukur,Mendraf,Memotong,Menjahit,Dan Menghasilkan Pelbagai Rekaan Pakaian Dengan Menggunakan Peralatan Dan Teknologi Yang Terkini.Peserta Juga Berpotensi Menjadi Usahawan Teknokrat.