mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Oktober 2022

Aktiviti 1: Taklimat Pendidikan dan Kerjaya

Tarikh: 1/10/2022

Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Taklimat Pendidikan dan kerjaya oleh UNITAR/CCKTN Cawangan Kuantan yang merupakan Institusi Pengajian Tinggi berkaitan kerajaan di bawah Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebagai sebuah Kumpulan Pusat Pengajian Tinggi tempatan milik anak syarikat berkaitan kerajaan. Taklimat ini juga bertujuan untuk memberi hebahan dan peluang kepada pelajar-pelajar dan ibubapa di sekitar daerah Lipis/Raub mengenai pentingnya untuk tingkatkan pendidikan anak-anak bagi manfaat di masa hadapan.

Aktiviti:

Peserta diberikan penerangan mengenai peluang pendidikan dan kerjaya di bawah UNITAR/CCKTN. Pihak UNITAR juga menjalankan sesi temuduga kepada peserta yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran di UNITAR.

Gambar di sini

 

 

Aktiviti 2: Kelas Design Iklan Menggunakan Canva

Tarikh: 15/10/2022

Masa: 10:00 pagi – 1:00 Petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 3 orang

 

Tujuan:

Kelas ini dihadiri oleh tiga orang peserta yang merupakan usahawan di Felda Sungai Koyan 1. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu usahawan untuk menyunting imej bagi tujuan mengiklankan produk mereka. Selain itu, kelas ini juga membantu menarik minat komuniti tentang produk usahawan tersebut.

Aktiviti:

Peserta mendaftarkan diri untuk kelas design iklan menggunakan canva. Petugas memberikan keterangan tentang cara penggunaan komputer sebelum memulakan kelas.

Gambar di sini

 

 

Aktiviti 3: Latihan Tahunan Pengurus Oktober

Tarikh: 17/10/2022-21/10/2022

Masa: 9.00 pagi- 5.00 petang

Lokasi: Zoom

Peserta: 39 orang

 

Tujuan:

Kursus ini dijalankan untuk memastikan petugas memahami tugasan, peranan dan tanggungjawab serta tatacara pengurusan kerja di Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Petugas dapat memahami penggunaan system, perkakasan dan perisian serta tahu untuk mengenalpasti masalah dan penyelesaian pada peringkat awal. Petugas juga mengetahui hala tuju projek PEDi serta mampu untuk mencapai Key Perfomance Inidcator (KPI) yang ditetapkan merangkumi bidang keusahawanan, Pendidikan dan kesihatan.

Aktiviti:

  1. Pendaftaran semua petugas, ucapan dari pengurusan TM & MSD, Sumber Manusia
  2. Operasi MSD dan Unit Pembangunan
  3. Softskill (Tiktok Marketing)
  4. Sesi maklum balas dan sesi penutup

Gambar di sini

 

 

Aktiviti 4: Kelas Asas Komputer

Tarikh: 29/10/2022

Masa: 2:30 petang – 4:00 Petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 14 Orang

Tujuan:

Bertujuan untuk memperkenalkan peserta tentang asas komputer serta kegunaannya

Aktiviti:

-Peserta mendaftarkan diri

-Petugas memberikan ilmu mengenai asas komputer

Gambar di sini

 

 

Aktiviti 5: Hari Bersama Komuniti serta perasmian PEDi oleh Menteri Besar

Tarikh: 30/10/2022

Masa: 9:00 pagi – 1:00 Petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: Komuniti

Tujuan:

Menghebahkan kepada masyarakat setempat mengenai kemudahan jaringan internet, komputer dan bimbingan usahawan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta memberi makluman dan Promosi Perkhidmatan

Aktiviti:

-Taklimat PEDi oleh Pengarah MCMC Negeri Pahang , Encik Mohd Faisal Md Nor

-Perasmian PEDi oleh Yang Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail

-Sukaneka (mewarna kanak-kanak, mewarna keluarga, bawa bola pingpong dalam sudu, gubahan bunga, belon kasih sayang, bolaku sayang, cari gula-gula dalam tepung, teka berat hamper, roda kdb, kuiz kahoot Klik Dengan Bijak)

-Pertandingan Booh dan Jualan Usahawan PEDi terbaik

-Cabutan Bertuah

 

Gambar di sini