Aktiviti 1: Taklimat Pendidikan dan Kerjaya
Tarikh: 16/7/2022 Masa: 2.30 – 4.30 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 3 orang |
Tujuan:
Taklimat Pendidikan dan kerjaya oleh UNITAR/CCKTN Cawangan Kuantan yang merupakan Institusi Pengajian Tinggi berkaitan kerajaan di bawah Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebagai sebuah Kumpulan Pusat Pengajian Tinggi tempatan milik anak syarikat berkaitan kerajaan. Taklimat ini juga bertujuan untuk memberi hebahan dan peluang kepada pelajar-pelajar dan ibubapa di sekitar daerah Lipis/Raub mengenai pentingnya untuk tingkatkan pendidikan anak-anak bagi manfaat di masa hadapan.
Aktiviti:
Peserta diberikan penerangan mengenai peluang pendidikan dan kerjaya di bawah UNITAR/CCKTN. Pihak UNITAR juga menjalankan sesi temuduga kepada peserta yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran di UNITAR.
Aktiviti 2: Mesyuarat Bersama Pengerusi JPKK dan Ketua Kluster Lipis bersempena Hari Bersama Komuniti
Tarikh: 23/7/2022 Masa: 10.30 pagi- 1.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 |
Tujuan:
Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan tentatif program bersama ketua komuniti tempatan mengenai Hari Bersama Komuniti yang bakal diadakan pada bulan Ogos ini.
Aktiviti 3: Kelas Canva
Tarikh: 24/7/2022 Masa: 10.00 pagi – 1.00 Petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 3 orang |
Tujuan:
Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta yang merupakan ahli PEDi Sungai Koyan 1. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu peserta mempelajari kemahiran asas canva . Selain itu, kelas ini juga dapat peserta untuk mempelajari reka bentuk yang kreatif dan membuat poster dengan lebih kreatif.
Aktiviti:
Peserta mendaftarkan diri untuk kelas asas Canva . Petugas memberikan keterangan tentang cara penggunaan komputer sebelum memulakan kelas.
Aktiviti 4: E-tuisyen online
Tarikh: 16,17,23&24/7/2022 Masa: 8.00 – 6.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 2 orang |
Tujuan:
Program E-tuisyen ialah program pendidikan atas talian yang memudahkan pelajar untuk menimba ilmu seiring dengan kemajuan teknologi digital. Program ini membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar.
Aktiviti:
Program e-tuisyen dilaksanakan secara atas talian dan pelajar dapat menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan oleh pihak PEDi. Kelas-kelas E-tuisyen ini dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD.
Aktiviti 5: Kursus Pengendalian Makanan
Tarikh:26/6/2022 Masa: 9.30 pagi- 12.30 tengah hari Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 15 orang |
Tujuan:
Kursus pengendalian makanan adalah sebuah program latihan yang paling asas dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan PJKM yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar tahun 1983. Tujuan kursus pengendalian makanan ini adalah untuk mendidik masyarakat Malaysia, khususnya di bahagian komersial untuk mengendalikan makanan dengan cara yang betul dan selamat.
Aktiviti:
Kursus pengendalian makanan ini dilaksanakan secara atas talian dan dikendalikan oleh NZ Bunga Venture Trainning & consultant.