Aktiviti 1: MICROSOFT WORD – SURAT RASMI (ASAS ICT)
Tarikh: 3/1/2024 Masa: 9.30 pagi – 10.30 pagi Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 4 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi pendedahan tentang penggunaan Microsoft Word.
– Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan Microsoft Word.
– Memberi keyakinan kepada peserta untuk menggunakan Microsoft Word bagi tujuan menulis surat rasmi dan sebagainya.
Aktiviti:
– Peserta diberi penerangan tentang penggunaan komputer dan Microsoft Word.
– Peserta diberikan peluang untuk menggunakan komputer seperti karangan dan menulis surat rasmi.
Aktiviti 2: KELAS ASAS MICROSOFT EXCEL – JADUAL KANDUNGAN (ASAS ICT)
Tarikh: 3/1/2024 Masa: 3.00 petang – 4.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 2 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi penambahan ilmu mengenai penggunaan Excel dalam perniagaan.
– Membantu menjana minda kreatif dalam penggunaan Excel untuk menjalakan kira -kira atau penulisan.
– Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran.
Aktiviti:
– Masuk ke Microsoft Excel.
– Diberi penerangan ringkas dan mula melakukan pengiraan menggunakan Excel.
Aktiviti 3: KEMASKINI MAKLUMAT PEKERJAAN – PORTAL SPA9i (ASAS ICT)
Tarikh: 4/1/2023 Masa: 2.30 petang – 3.30 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 1 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi pendedahan tentang penggunaan pengisian maklumat di Portal SPA9i.
– Membantu peserta menambah maklumat diri dalam Portal SPA9i.
– Memberikan penekanan tentang pengetahuan laman SPP sebagai sumber maklumat pekerjaan dalam bidang peguruan.
Aktiviti:
– Membuka halaman SPA9i.
– Peserta diberi penerangan ringkas dalam penggunaan laman SPA9i.
Aktiviti 4: KELAS SHOPEE – MEMBUKA AKAUN PERNIAGAAN (LATIHAN KEUSAHAWANAN)
Tarikh: 4/1/2024 Masa: 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 4 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi pendedahan tentang cara mudah menjual produk di Shopee.
– Membantu peserta mencari maklumat tentang cara mudah mengkelaskan produk jualan.
– Memberikan penekanan tentang pengetahuan pembukaan kedai di Shopee dan kenal pasti produk yang nak dipasarkan.
Aktiviti:
– Peserta diberikan pendedahan tentang keberkesanan berniaga di platform Shopee.
– Peserta diberi penerangan ringkas oleh RD dalam penyusunan produk dengan baik.
Aktiviti 5: KEMASKINI MAKLUMAT DIRI – SISTEM PADU (ASAS ICT)
Tarikh: 5/1/2024 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 6 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi pendedahan tentang penggunaan Sistem PADU.
– Membantu peserta menambah maklumat diri dalam Sistem PADU.
– Memberikan penekanan tentang kepentingan mengemaskini maklumat diri dan keluarga dalam sistem PADU.
Aktiviti:
– Membuka halaman PADU.
– Peserta diberi penerangan ringkas, daftar akaun baru dan mengemaskini maklumat yang berkaitan.
Aktiviti 6: AIR BNB – LAMAN PENGINAPAN PERCUTIAN ATAS TALIAN (LATIHAN KEUSAHAWANAN)
Tarikh: 5/1/2024 Masa: 4.00 petang – 5.30 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 5 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi penambahan ilmu mengenai penggunaan Air Bnb dalam pencarian tempat penginapan yang murah.
– Membantu pembeli dan peniaga menggunakan pelbagai laman jual beli dan bersaing dengan sihat.
– Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran.
Aktiviti:
– Masuk ke laman AIR BNB.
– Melihat dan membezakan harga yang terbaik untuk di tempah.
Aktiviti 7: ZALORA – JUAL BELI PRODUK (LATIHAN KEUSAHAWANAN)
Tarikh: 8/1/2024 Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 2 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi penambahan ilmu mengenai penggunaan Zalora dalam perniagaan jual dan beli barangan dengan harga murah.
– Membantu pembeli dan peniaga menggunakan pelbagai laman jual beli dan bersaing dengan sihat.
– Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran jual beli di platform Zalora.
Aktiviti:
– Masuk ke laman Zalora.
– Melihat dan penerangan ringkan tentang penjualan dan pembelian di Zalora.
Aktiviti 8: KAHOOT – SUKAN PETANQUE (E-PEMBELAJARAN)
Tarikh: 9/1/2024 Masa: 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 10 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi ilmu pengetahuan mengenai sukan petanque.
– Meningkatkan kemahiran berfikir peserta.
– Memberi ilmu baharu dan pengetahuan tentang permainan petanque yang kini menjadi trend bagi warga atau komuniti yang berumur.
Aktiviti:
– Peserta diberi soalan dalam bentuk Kahoot.
– Peserta diberikan peluang untuk menjawab soalan yang diberikan menggunakan komputer yang disediakan.
Aktiviti 9: KAHOOT – KELEBIHAN BULAN REJAB (E-PEMBELAJARAN)
Tarikh: 11/1/2024 Masa: 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 10 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi ilmu pengetahuan mengenai kelebihan bulan Rejab.
– Meningkatkan jati diri dan membantu lebih memahami tentang agama islam.
– Memberi ilmu baharu dan pengetahuan tentang Bulan Rejab.
Aktiviti:
– Peserta diberi soalan dalam bentuk Kahoot.
– Peserta diberikan peluang untuk menjawab soalan yang diberikan menggunakan komputer yang disediakan.
Aktiviti 10: BRAIN POP – PEARL DIVER (E-PEMBELAJARAN)
Tarikh: 13/1/2024 Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 10 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi ilmu pengetahuan mengenai pengiraan Matematik yang terhasil daripada penyelaman dalam mendapatkan mutiara di laut.
– Meningkatkan kemahiran berfikir peserta.
– Memberi ilmu baharu dan pengetahuan tentang pembelajaran tambah tolak dalam subjek Matematik.
Aktiviti:
– Peserta diberi soalan dalam laman Brain Pop.
– Peserta diberikan peluang untuk menjawab soalan yang diberikan menggunakan komputer yang disediakan.
Aktiviti 11: PEMBENTANGAN SLIDE TAJUK: KELEBIHAN BULAN REJAB (KEMAHIRAN INSANIAH)
Tarikh: 13/1/2024 Masa: 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 10 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi pendedahan tentang kelebihan bulan rejab.
– Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu komunikasi untuk digunakan pada masa hadapan.
– Membantu mereka lebih berani dan mampu berucap di hadapan umum.
Aktiviti:
– Membuat slide menggunakan Microsoft Power Point .
– Peserta diberi peluang untuk membentangkan maklumat yang diperolehi berkenaan tajuk yang diberikan.
Aktiviti 12: PEMBENTANGAN SLIDE TAJUK: CERITAKAN AZAM TAHUN BAHARU (KEMAHIRAN INSANIAH)
Tarikh 14/1/2024 Masa: 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 9 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi pendedahan tentang berkongsi azam tahun baharu mereka.
– Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu komunikasi untuk digunakan pada masa hadapan.
– Membantu mereka lebih berani dan mampu berucap di hadapan umum.
Aktiviti:
– Membuat slide menggunakan Microsoft Power Point .
– Peserta diberi peluang untuk membentangkan maklumat yang diperolehi berkenaan tajuk yang diberikan.
Aktiviti 13: KELAS ASAS RUBY PROGRAMMING (STEM IoT)
Tarikh: 20/1/2024 Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 8 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Memberi pendedahan mengenai Ruby programming.
– Membantu menjana minda kreatif dalam menghasilkan perkataan menggunakan kod.
– Dengan adanya kelas seperti ini dapat membantu peserta mengenal ilmu pengetahuan yang baru.
Aktiviti:
– Masuk ke halaman Ruby Programming.
– Diberi penerangan ringkas dan peserta mula menulis menggunakan koding.
Aktiviti 14: BEN 10 OMNICODE (STEM IoT)
Tarikh: 20/1/2024 Masa: 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 10 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Meningkatkan minda yang cergas dalam mencari cara untuk memulakan permainan dengan menggunakan kod.
– Membantu peserta lebih mahir dalam menjana pemikiran kreatif.
– Dengan adanya kelas ini para peserta lebih menggunakan daya berfikir dan dalam menyelesaikan soalan yang di beri dan menyempurnakannya dengan baik.
Aktiviti:
– Penerangan ringkas mengenai cara permainan Ben 10 Omnicode.
– Peserta diberi peluang menyelesaikan permainan ini mengikut kebolehan masing- masing dalam mencapai tingkat permainan yang tertinggi.
Aktiviti 15: GHOST ADVENTURE (STEM IoT)
Tarikh: 21/1/2024 Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1 Peserta: 10 orang |
Tujuan kelas ini diadakan adalah:
– Meningkatkan minda yang cergas dalam mencari cara untuk mencari jalan melepasi hantu yang menghalang laluan permainan.
– Membantu peserta lebih mahir dalam menjana pemikiran kreatif.
– Dengan adanya kelas ini para peserta lebih menggunakan daya berfikir dan dalam menyelesaikan soalan yang di beri dan menyempurnakannya dengan baik.
Aktiviti:
– Penerangan ringkas mengenai cara permainan Ghost Adventure.
– Peserta diberi peluang menyelesaikan permainan ini mengikut kebolehan masing- masing dalam mencapai tingkat permainan yang tertinggi.