mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2023

Aktiviti 1: Kuiz dalam Talian (E – Pembelajaran)

Tarikh: 14/04/2023

Masa: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 8 orang

Tujuan kelas ini diadakan adalah:

– Memberi pendedahan tentang ilmu semasa melalui pengetahuan media sosial.

– Membantu menjana minda kreatif melalui sesi soal jawab di dalam talian.

– Dengan adanya kuiz pembelajaran ini ia dapat menambah daya ingatan dan ilmu pengetahuan peserta mengenai isu semasa.

Aktiviti:

– Peserta melihat dan meneroka cara menjawab kuiz di dalam talian.

– Peserta diberi penerangan ringkas tentang sesi soal jawab di dalam talian oleh tenaga pengajar.

Gambar di sini

 

Aktiviti 2: Kelas Keusahawanan (E- Dagang)

Tarikh: 15/04/2023

Masa: 10.30 pagi – 01.00 petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 2 orang

Tujuan kelas ini diadakan adalah:

– Memberi pendedahan tentang perniagaan di atas talian.

– Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer.

– Memberi keyakinan dalam penggunaan komputer untuk aktiviti jual beli dalam talian dengan menggunakan Mudah.my.

Aktiviti: 

– Peserta diberi penerangan tentang penggunaan komputer dan pemasaran produk di atas  talian. 

– Peserta diberikan peluang untuk menggunakan komputer.

Gambar di sini