mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2022

Aktiviti 1: Taklimat Pendidikan dan Kerjaya

Tarikh: 7/8/2022

Masa: 10.00 pagi- 2.30 petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Taklimat Pendidikan dan kerjaya oleh UNITAR/CCKTN Cawangan Kuantan yang merupakan Institusi Pengajian Tinggi berkaitan kerajaan di bawah Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebagai sebuah Kumpulan Pusat Pengajian Tinggi tempatan milik anak syarikat berkaitan kerajaan. Taklimat ini juga bertujuan untuk memberi hebahan dan peluang kepada pelajar-pelajar dan ibubapa di sekitar daerah Lipis/Raub mengenai pentingnya untuk tingkatkan pendidikan anak-anak bagi manfaat di masa hadapan.

Aktiviti:

Peserta diberikan penerangan mengenai peluang pendidikan dan kerjaya di bawah UNITAR/CCKTN. Pihak UNITAR juga menjalankan sesi temuduga kepada peserta yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran di UNITAR.

Gambar di sini

 

 

Aktiviti 2: Kelas Asas Micorosft Word

Tarikh: 10/8/2022

Masa: 2:30-5:30 Petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 1 orang

 

Tujuan:

Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta yang merupakan ahli PEDi Sungai Koyan 1. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu peserta mempelajari kemahiran asas Microsoft Word. Selain itu, kelas ini juga membantu peserta untuk menyiapkan tugasan/ kerja sekolah dengan lebih mudah.

Aktiviti:

Peserta mendaftarkan diri untuk kelas Microsoft word. Petugas memberikan keterangan tentang cara penggunaan komputer sebelum memulakan kelas.

Gambar di sini

 

 

Aktiviti 3: Kursus Pengendalian Makanan

Tarikh: 20/8/2022

Masa: 9.30 pagi- 12.30 tengah hari

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Kursus pengendalian makanan adalah sebuah program latihan yang paling asas dalam Program Jaminan Keselamatan Makanan PJKM yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar tahun 1983. Tujuan kursus pengendalian makanan ini adalah untuk mendidik masyarakat Malaysia, khususnya di bahagian komersial untuk mengendalikan makanan dengan cara yang betul dan selamat.

Aktiviti:

Kursus pengendalian makanan ini dilaksanakan secara atas talian dan dikendalikan oleh NZ Bunga Venture Trainning & consultant.

Gambar di sini

 

 

Aktiviti 4: E-tuisyen 

Tarikh: 6,7,13,14,19,20,26 &27/8/2022

Masa: 8.00 – 6.00 petang

Lokasi: PEDi Sungai Koyan 1

Peserta: 4 orang

 

Tujuan:

Program E-tuisyen ialah program pendidikan atas talian yang memudahkan pelajar untuk menimba ilmu seiring dengan kemajuan teknologi digital. Program ini membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar.

Aktiviti:

Program e-tuisyen dilaksanakan secara atas talian dan pelajar dapat menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan oleh pihak PEDi. Kelas-kelas E-tuisyen ini dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD.

Gambar di sini